Jumaat, 16 April 2010

Tips untuk pengguna kenderaan berpetrol

Saya pemandu kereta Perodua Myvi (sengaja nak gebang kat dunia) haha.. Isu harga petrol ni memang selalu merunsingkan kita sebagai pemandu kan. Kejap-kejap naik, kejap-kejap turun, tapi gaji pekerja tak ada pulak naik-naik kan? Saya cadangkan, sebagai rakyat, apa kata, jika naik harga barang mentah, pertol, kereta, rumah, maka sila lah naikkan sekali gaji pekerja, logik tak. Ok logik, bye.



Baik sekarang persoalannya disini, bukanlah harga petrol yang mahal, tetapi apa perbezaan antara jenama petrol² yang ada dipasaran? Shell, Petronas, BHP, Mobil dan sebagainya? Betul kata Adukataruna ya, orang pilih untuk isi minyak di mana² petrol station ada sebabnya, betul tak. Padahal, stesyen minyak mesti duduknya sebelah² je..mana ada Shell situ ada Petronas. Ada orang pilih Petronas sebab iklan nya kearah tanggungjawab sosial, sedih² pilu camtu.. Ada yang pilih Shell sebab Bonuslink, Petronas sebab ada kad Mesra Petronas. Jadi mana satu pilihan anda? Ada pekerja Petronas, kawan kepada abang saya, kata Ron95 Shell lebih pekat berbanding Petronas. Betul ke tu?

Takpe lah..ini semua choice individu kan.. Cuma sekarang saya nak share tips sikit semasa mengisi petrol;

Tips #1. P
am dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit

Tips #2. Pam minyak ketika waktu malam

Tip #1 dan #2 - Lebih baik isi minyak dengan perlahan dan di waktu malam bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan. Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas

Tips #3. Elakkan bayaran genap. Contoh RM10,15,20,25 sebab peniaga minyak ni pun kadang2 nak untung juga kan. Mereka mungkin dah set RM10 ni untuk berapa liter jadi mereka awal2 dah kurangkan jumlah sebenar dengan mengubah setting sedia ada. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini, biasakan mengisi minyak dengan nilai ganjil (yang jarang orang isi) contoh macam RM13, RM27 macam tu..(Fakta ini mungkin silap)

Tips #4. Isi penuh terus. Perasan tak jika kamu kerap isi RM10, 10, 10...end up sebulan kamu akan pakai lebih daripada jika kamu isi penuh terus. Sebab apa yang saya perasan, jika saya mengisi penuh, maka minyak pun lambat turun.

Untuk lebil tips: Sila tekan sini.

Ok, boleh cuba.

Selamat Tinggal.



2 ulasan:

a . i . n berkata...

haha.. saya suka tips isi dengan nombor ganjil... bagus².. ngee..

Marina Ina berkata...

sebab itu tips awak sayang!! ngeee

Related Posts with Thumbnails
Copyright @ . | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger | Distributed by Deluxe Templates