Ahad, 2 Mei 2010

Tropicana Twister


Masa mula2 air jus ni keluar dipasaran, aku antara pembeli terawal. Masa tu belum lah sepopular mana. Aku paling suka jus ni sebab walaupun dia mahal tetapi jusnya sedap, juicy, manis dan paling best dia punya orange punya apa nama dia tu ehh? Alaa..yang buah2 dia tu yang hancur2 tu.. haaa, banyak la dalam tu kan.memang bila minum je terasa mcm makan orange ke padahal tengah minur air. Tapi lately makin teruk. Jus semata2 jus, dah xda lagi buah orange kisar dalam tu.. Memang hampeh, macam ni lah orang berniaga, bila orang dah suka, dah popular, produk pun macam hampeh, service pun macam tak nak berniaga.

Kenapalah eh.

Khamis, 22 April 2010

Pendidkan seks di sekolah

Proposal tentang pendidikan seks sebenarnya bukan isu baru di Malaysia. Persoalannya sekarang, relevankah pendidikan seks diterapkan didalam silibus pembelajaran di sekolah rendah ataupun menegah? Wajar atau tidak kanak² dan remaja seusia belasan tahun diberi gambaran secara khusus tentang apakah itu hubungan kelamin?

Berita surat khabar padah hari ini mengejutkan saya. Remaja berusia 14tahun dirogol beramai² oleh rakan sekelasnya dan yang paling mengejutkan, kanak² tersebut bukan sahaja disahkan mengandung, tetapi terdapat juga sebatang pensel sepanjang lebih kurang 4cm didalam kemaluannya! Mengejutkan bukan? Adakah ini kerana kurangnya ilmu tentang apa itu seks atau sebenarnya kurangnya pengawasan ibu bapa dan ilmu agama? Sama² kita renungkan.

Pada hemat saya, penerapan pendidikan seks ada pros dan cons nya. Jika kita fikirkan kembali tentang isu diatas, mustahil kanak
² lelaki tersebut tidak tahu impact yang akan berlaku terhadap kanak² wanita tersebut jika mereka merogolnya beramai². Bukan sahaja maruahnya tercalar bahkan masalah sosial lain seperti pembuangan bayi dan sebagainya akan semakin menular dan membimbangkan disamping penularan menyakit merbahaya seperti HIV/AIDS. Menakutkan!

Masalahnya disini bukanlah isu seks itu sendiri tetapi masalah sosial yang semakin meruncing. Kurangnya pengawasan ibu bapa dan pengetahuan moral disekolah. Isu nya adalah masalah rendah MORAL dan kurangnya AKHLAK remaja dan bukanlah kurangnya ilmu tentang SEKS! Inilah hakikat yang wajar dititikberatkan oleh pihak berwajib.
This is because knowing how to escape the undesirable effects of sex would encourage people to keep doing the sexual activities they do. They will never learn the consequences of their action till something irreversible happens in their lives that no amount of regret can take back. This is the facts


Pelajar perlu diajar tentang kesan hubungan seksual yang mungkin boleh membunuh mereka


Namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan jika benar pendidikan seks akan diterapkan didalam silibus, antaranya:


Tips #1
- Kelas adalah gender eksklusif. Ini mengurangkan perasaan malu di antara para pelajar dan mengajar mereka hanya apa yang perlu diketahui berdasarkan jenis kelamin mereka.

Tips #2
- Mengajar dengan betul, pendidikan seks bisa menjadi program rutin seperti Anatomi Manusia atau Biologi Sains lengkap dengan ujian dan grading yang berlangsung terhadap kredit mereka lulus.

Tips #3
- Siswa dapat diajarkan keperluan yang benar dari sistem reproduksi, penyakit menular akibat hubungan seksual

Tips #4
- Mitos sekitarnya dapat menghilangkan hubungan seksual (seperti tidak boleh hamil pertama kali). Mitos ini perlu diubah!

Tips #5
- Masa yang secukupnya digunakan untuk tempoh pembelajaran

Tips #6
- Guru perlu dilatih bagaimana mengajar dengan baik program pendidikan seksual yang melanggar keyakinan mereka sendiri atau moral menjadi subjek daripada kayu dengan fakta-fakta.




Sabtu, 17 April 2010

Achik Spin meninggal dunia

Takziah buat Allahyarham yang baru saja meninggal pada jam 8.42 malam tadi kerana terbabas dalam accident. Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian. Innalillah. Kalau tak ingat, Achik adalah vokalis kumpulan Spin. Alaa yang selalu duet dengan Nana tu. Hmm, tak sangka. Berturut2 saya dengar berita kematian minggu ni..Takutnya dan insaf. Alfatihah buat allahyarham Achik dan takziah buat keluarganya. Dengar cerita Achik baru je lepas show life di RTM1..Mungkin on the way pulang keretanya terbabas. Full News [Link]

Pasangan duet serasi

Sama2 lah kita doa moga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 beriman.

Amin.

Elevate Rock Concert Tour 2010 - Digi

Baiklah, rasanya jari² ni menggedik je nak taip itu ini. Jadi lebih baik I tolong promote kan concert daripada independent bands dari our beloved country ni kan. Maka, anda semua dijemput untuk memeriahkan Elevate Rock Concert yang akan diadakan di beberapa negeri seluruh Malaysia sepanjang bulan ini dan bulan depan. Tour kedua esok akan diadakan di Astaka, Titiwangsa Kuala Lumpur. Banyak band² terlibat contohnya macam Bittersweet, Hujan, Robot Asmara, Love Me Butch, Pesawat dan lain² lagi. Tiket pun murah je, RM10 including F&B voucher lagi, mari!!

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan Pesawat, Love Me Butch, Bittersweet dan ramai lagi secara langsung di Elevate!

Flyer event

An Honest Mistake - Kumpulan Indie Rock tempatan yang dianggotai enam pemuzik berbakat tinggi dengan gaya muzik tersendiri dan berpengalaman mengadakan persembahan di Festival Muzik Selangor dan Rock the World 9. An Honest Mistake turut pernah menerima pencalonan 'Best College Act' dan 'Best Sunshiny-Feel-Good-Song' di Anugerah VIMA 2010.

Robot Asmara dianggotai enam pemuzik dengan latar belakang dan pengalaman yang berbeza sekaligus menyumbang kepada keunikan muzik ciptaan mereka - rock, funk, punk, electro, jazz, new wave dan pop.
40 Winks - Kumpulan pemuzik dengan 10 anggota ini pernah mengadakan persembahan di Battle of the Bands, Rock on Rave, Festival Muzik Mosaic. Selain itu, mereka juga pernah diundang untuk membuat persembahan di majlis pelancaran peribadi di Zouk dan No Black Tie. 40 Winks terkenal dengan rock alternatif dan reggae.


Bittersweet merupakan sebuah kumpulan yang popular dikalangan penggemar muzik aliran in di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Lagu-lagu Bittersweet selalu diputarkan di radio sebagai lagu pilihan stesen terkemuka tempatan seperti Fly fm, Hot fm, Hitz.fm and Mix fm. Ada lagu baru dari album kedua, so don't missed it!


Pesawat ditubuhkan pada tahun 2005. Tiga tahun kemudian, kumpulan ini telah berjaya menerima gelaran 'Discovery of 2008' daripada Malay Mail. Single pertama Pesawat menjuarai Campurchat FlyFM hanya dalam masa dua minggu. Baru-baru ini, Pesawat turut memenangi dua anugerah di VIMA 2010.


Love Me Butch - Kumpulan veteran yang berasal dari Kuala Lumpur ini ditubuhkan pada tahun 1997. Kini, Love Me Butch menempa nama sebagai kumpulan rock bebas terkemuka di Malaysia. Dianggotai Syarul Rezza selaku penyanyi utama, Wing Meng sebagai pemain gitar, dan Kevin Kong sebagai pemain bass, mereka berjaya menghiburkan peminat dengan kerancakan muzik mereka.




Jadual Concert:

18 April 2010 2 ptg - 7 mlm Titiwangsa , Astaka, KL
25 April 2010 4 ptg - 9 mlm Dataran Pahlawan, Melaka
8 May 2010 4 ptg - 9 mlm Sunway Seberang Jaya, Hotel Car Park Butterworth, Penang
16 May 2010 4 ptg - 9 mlm Padang Ipoh, Ipoh

Entrance fee = RM10 (Including F&B coupon)


For further info:

http://www.digi.com.my/whatshot/promotions/rock/index.do

Adakah zikir membantu anda mencapai ketenangan?

Sebenarnya itu adalah tajuk Final Year Project saya. Ya, final year bermaksud tahun depan saya akan mula bekerja dan tinggalkan sebentar alam pembelajaran (sebentar sebab lepas ni nak sambung master pula). Saya memilih untuk mendapat tunjuk ajar dari Prof. Wahab. sebagai supervisor projek ini. Kenapa tak pilih yang lain? sebabnya mudah. I tak cukup pandai dalam networking dan programming. Ok. -_-


Baik, sebenarnya tajuk ni sangat interesting. Kami akan jadikan 20 orang sebagai sample ujikaji, kami akan gunakan brain tools like EEG (Electroencephalography) dan ECG (Electrocardiography) sebagai medium untuk menganalisis brain signal dan juga merakam signal daripada jantung anda. Dua alat ini basically akan monitor each of the sample dan kami akan buat kajian berdasarkan breathing dan prespiration measurement sample. Bagaimana untuk measure tu biasalah, berdasarkan waves yang akan dapat dikesan daripada alat ini lah. EEG atau ERP, digunakan secara meluas dalam ilmu saraf, ilmu kognitif, psikologi kognitif, dan penyelidikan psychophysiological. Banyak teknik yang digunakan dalam konteks kajian tidak cukup standard untuk digunakan dalam konteks klinikal.Ok, ujikaji ini sangat menarik sebab saya bukan medical students yang belajar neurology. Harap ia berjaya.


Jadi apa kaitan zikir/meditation dan juga brain signal? Kami akan monitor 4 jenis basic emotions:


1. Marah
2. Sedih
3. Takut
4. Neutral


Adakah anda berzikir dan marah? Berzikir dan takut? Berzikir dan sedih? atau tiada apa tindak balas? Ini akan dapat dikesan melalui breathing samples dan juga brain signal of the samples. Yes, indeed this can be measured! Memang ada ustaz yang tdak setuju ujikaji ini dijalankan sebab baginya this phenomenon is not irrational, but super-rational. Which means semua benda ghaib berkaitan soul dan qolb (hati) couldn't be measured. Tapi sebenarnya it could. Ada juga ustaz yang setuju dan penyokong ujikaji ini dijalankan.



EEG - monitoring brain signal
ECG - untuk measure heart beat



Maka hipotesis awal adalah "zikir membantu anda mencapai ketenangan"
Seperti firmannya;

“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)


“Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)


Doakan kami berjaya!

;)

p/s: Sumber dari Wikipedia juga.

Jumaat, 16 April 2010

Tips untuk pengguna kenderaan berpetrol

Saya pemandu kereta Perodua Myvi (sengaja nak gebang kat dunia) haha.. Isu harga petrol ni memang selalu merunsingkan kita sebagai pemandu kan. Kejap-kejap naik, kejap-kejap turun, tapi gaji pekerja tak ada pulak naik-naik kan? Saya cadangkan, sebagai rakyat, apa kata, jika naik harga barang mentah, pertol, kereta, rumah, maka sila lah naikkan sekali gaji pekerja, logik tak. Ok logik, bye.



Baik sekarang persoalannya disini, bukanlah harga petrol yang mahal, tetapi apa perbezaan antara jenama petrol² yang ada dipasaran? Shell, Petronas, BHP, Mobil dan sebagainya? Betul kata Adukataruna ya, orang pilih untuk isi minyak di mana² petrol station ada sebabnya, betul tak. Padahal, stesyen minyak mesti duduknya sebelah² je..mana ada Shell situ ada Petronas. Ada orang pilih Petronas sebab iklan nya kearah tanggungjawab sosial, sedih² pilu camtu.. Ada yang pilih Shell sebab Bonuslink, Petronas sebab ada kad Mesra Petronas. Jadi mana satu pilihan anda? Ada pekerja Petronas, kawan kepada abang saya, kata Ron95 Shell lebih pekat berbanding Petronas. Betul ke tu?

Takpe lah..ini semua choice individu kan.. Cuma sekarang saya nak share tips sikit semasa mengisi petrol;

Tips #1. P
am dengan perlahan kita dapat banyak minyak. Pam dengan laju, dapat sedikit

Tips #2. Pam minyak ketika waktu malam

Tip #1 dan #2 - Lebih baik isi minyak dengan perlahan dan di waktu malam bagi mengelak kemasukan udara yang banyak ke dalam tangki kenderaan. Pengguna juga boleh mengelak kemasukan udara bersama minyak dengan mengisi petrol pada waktu malam atau ketika cuaca sejuk kerana jumlah wap di dalam tangki petrol bawah tanah adalah lebih rendah berbanding ketika cuaca panas

Tips #3. Elakkan bayaran genap. Contoh RM10,15,20,25 sebab peniaga minyak ni pun kadang2 nak untung juga kan. Mereka mungkin dah set RM10 ni untuk berapa liter jadi mereka awal2 dah kurangkan jumlah sebenar dengan mengubah setting sedia ada. Jadi untuk mengelakkan perkara sebegini, biasakan mengisi minyak dengan nilai ganjil (yang jarang orang isi) contoh macam RM13, RM27 macam tu..(Fakta ini mungkin silap)

Tips #4. Isi penuh terus. Perasan tak jika kamu kerap isi RM10, 10, 10...end up sebulan kamu akan pakai lebih daripada jika kamu isi penuh terus. Sebab apa yang saya perasan, jika saya mengisi penuh, maka minyak pun lambat turun.

Untuk lebil tips: Sila tekan sini.

Ok, boleh cuba.

Selamat Tinggal.



Khamis, 15 April 2010

Langkawi Holiday

Jumaat lepas, pada 9th April, saya dan family bercuti ke Langkawi dengan menaiki low fares air-bus, apa lagi kalau bukan AirAsia kan. Flight pula so early, 10.20 am jadi kami gerak dari rumah pagi dalam pukul 7 macam tu. Sampai je nasib baik still early so airport tak la ramai sangat orang dan tak panas. Parking kereta kat airport, satu hari RM35, pengsan. Mula-mula tu Abah pulak ada hal, nak delay flight. AirAsia pun satu hal, tak ada contact number yang boleh dihubungi 24hrs. Susah lah macam ni kan. Ada pun number 03 2171 9333, tapi office hour lah pulak.. 7am sampai 9pm sahaja. Maybe they should consider this sebab banyak kes emergency. Macam contoh hilang luggage ke, nak delay flight ke, betul tak?


Sampai Langkawi dalam tengah hari macam tu..Lebih kurang jam 12pm. Kat sana kami sewa kereta, Wira, RM70 sehari, kalau kereta mahal lagi, macam Honda, etc, sewa akan lebih mahal. Nasib baik kami pergi bukan waktu cuti sekolah, jadi banyak lah kereta sewa. Kalau waktu cuti sekolah, belum tau lagi lah kan.. Banyak tempat we pergi.. Disebabkan sampai tgh hari, belum boleh check in lg, so first place kami pergi was "Makam Mahsuri" kat sini diceritakan lah sejarah yang berlaku, asal usul Mahsuri sejak mula beliau dilahirkan sampai lah mati di bunuh dek kerana fitnah dan cemburu. Isk..isk..


Banyak tempat lain, macam Telaga 7, Beras Terbakar, Pantai Cenang, Pulau Dayang Bunting dll..Disebabkan barang2 kat Langkawi ni most of the Duty-free, shopping sakan kami.. Tapi tak semua lah murah.. Antara yang murah macam pinggan mangkuk, chocolate, perfume, rokok dan gamat. Macam pakaian, beg dan lain2 tu harga pun lebih kurang kat KL je..Hmm, pening Dr. Mahathir kita. Ye la.. dulu hasrat beliau nak jadikan Langkawi tempat shopping orang2 susah, jadi sini dapat murah la..tapi sekarang peniaga nak kaut untung je lebih. Tak kesian orang2 susah langsung. Ada ke mangga sekilo RM10 kat sana? Gila ke apa.. Haishh...


Kuah tu pekan Langkawi la..nak shopping ke apa ke..

Ini lah dikatakan Rumah Mahsuri

Telaga Mahsuri, belakang tu ada Sawah Padi

Ini tempat wajib bergambar jika ke Langkawi, Dataran Lang

Sepanjang kami kat Langkawi, kami duduk di Holiday Villa. Ok la tempat tu.. Foreigner pun ramai la sebab murah(duit diorang la..) Satu je la peringatan, bawa ridsect sekali sebab banyak nyamuk.. Hahaha..dan, untuk siapa yang nak cari 7 telaga di Telaga 7 tu better tak payah la.. agak2 stamina kuat boleh la.. ada lah dalam 2 kilometer mendaki.. Nak ke? haha..



Need Some Gravy!

Hello readers! This is my new non personal blog. My personal blog will only cerita mainly about myself and this blog basically for non personal related entries. Thus, this blog will be very informative (I hope) for you to search and to share any news regarding any advertisement, news, contest, latest fashion, new products, tutorial and many more!!

Jadi saya akan jadikan blog ini very friendly. I'm not new to this blogging world. Why should I name my blog as "Need Some Gravy"?

..because life will never be 'tasty' without gravy;

Ahh, jangan bother lah ok?


Till then,
Marina
;)
Related Posts with Thumbnails
Copyright @ . | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger | Distributed by Deluxe Templates