Khamis, 15 April 2010

Langkawi Holiday

Jumaat lepas, pada 9th April, saya dan family bercuti ke Langkawi dengan menaiki low fares air-bus, apa lagi kalau bukan AirAsia kan. Flight pula so early, 10.20 am jadi kami gerak dari rumah pagi dalam pukul 7 macam tu. Sampai je nasib baik still early so airport tak la ramai sangat orang dan tak panas. Parking kereta kat airport, satu hari RM35, pengsan. Mula-mula tu Abah pulak ada hal, nak delay flight. AirAsia pun satu hal, tak ada contact number yang boleh dihubungi 24hrs. Susah lah macam ni kan. Ada pun number 03 2171 9333, tapi office hour lah pulak.. 7am sampai 9pm sahaja. Maybe they should consider this sebab banyak kes emergency. Macam contoh hilang luggage ke, nak delay flight ke, betul tak?


Sampai Langkawi dalam tengah hari macam tu..Lebih kurang jam 12pm. Kat sana kami sewa kereta, Wira, RM70 sehari, kalau kereta mahal lagi, macam Honda, etc, sewa akan lebih mahal. Nasib baik kami pergi bukan waktu cuti sekolah, jadi banyak lah kereta sewa. Kalau waktu cuti sekolah, belum tau lagi lah kan.. Banyak tempat we pergi.. Disebabkan sampai tgh hari, belum boleh check in lg, so first place kami pergi was "Makam Mahsuri" kat sini diceritakan lah sejarah yang berlaku, asal usul Mahsuri sejak mula beliau dilahirkan sampai lah mati di bunuh dek kerana fitnah dan cemburu. Isk..isk..


Banyak tempat lain, macam Telaga 7, Beras Terbakar, Pantai Cenang, Pulau Dayang Bunting dll..Disebabkan barang2 kat Langkawi ni most of the Duty-free, shopping sakan kami.. Tapi tak semua lah murah.. Antara yang murah macam pinggan mangkuk, chocolate, perfume, rokok dan gamat. Macam pakaian, beg dan lain2 tu harga pun lebih kurang kat KL je..Hmm, pening Dr. Mahathir kita. Ye la.. dulu hasrat beliau nak jadikan Langkawi tempat shopping orang2 susah, jadi sini dapat murah la..tapi sekarang peniaga nak kaut untung je lebih. Tak kesian orang2 susah langsung. Ada ke mangga sekilo RM10 kat sana? Gila ke apa.. Haishh...


Kuah tu pekan Langkawi la..nak shopping ke apa ke..

Ini lah dikatakan Rumah Mahsuri

Telaga Mahsuri, belakang tu ada Sawah Padi

Ini tempat wajib bergambar jika ke Langkawi, Dataran Lang

Sepanjang kami kat Langkawi, kami duduk di Holiday Villa. Ok la tempat tu.. Foreigner pun ramai la sebab murah(duit diorang la..) Satu je la peringatan, bawa ridsect sekali sebab banyak nyamuk.. Hahaha..dan, untuk siapa yang nak cari 7 telaga di Telaga 7 tu better tak payah la.. agak2 stamina kuat boleh la.. ada lah dalam 2 kilometer mendaki.. Nak ke? haha..



Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails
Copyright @ . | Floral Day theme designed by SimplyWP | Bloggerized by GirlyBlogger | Distributed by Deluxe Templates